Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

KENANGAN BERSAMA RAKAN-RAKAN SMKTK

Imej
Assalamualaikum...         Tujuan gambar-gambar ini dimuat naik di sini hanyalah untuk mengimbau kembali suka duka bersama teman sepanjang berada di SMK Taman Kenari.  Namun, tak semua peristiwa dapat diabadikan di sini. Cukuplah sekadar menjadi tatapan pabila terkenangkan rakan-rakan seperjuangan.            Biarlah gambar-gambar ini berbicara mengkhabarkan rindunya hati pada sebuah hubungan yang tulus dan ikhlas. Moga silaturrahim tetap kukuh walau dimana kita berada selepas ini.  Hanya yang mampu kutitipkan hanya sekalung doa dari seorang sahabat. Bersama rakan-rakan Rumah Nuri 2010 (kalau tak silap) Kenangan bersama sekitar tahun 2012   Ketika sama-sama mengikuti lawatan ke HatYai  16 Mei 2015 Perhimpunan Rasmi setiap Isnin LDP dan Majlis Perpisahan Zatun Bersama anak-anak 4SC1 yang membuat persemb...

BUKIT FRASER 17-18 MAC 2016: BERSANTAI MENIKMATI KEINDAHAN ALAM CIPTAAN ALLAH.

Imej
Kami memilih Bukit Fraser sebagai destinasi percutian kali ini.  Percutian ke Bukit Fraser telah dirancang 2 bulan yang lalu. Kami sekeluarga bertolak dari rumah pada 16 Mac 2016.  Sebelum ke destinasi yang dirancang kami singgah di Putrajaya.  Tujuan sebenar ke Putrajaya adalah untuk bersama Abang Ngah yang dah lama tidak pulang bercuti kerana sibuk dengan praktikal. Kami bermalam di Rumah Transit Putrajaya.  Agak berbaloi dengan bayaran yang dikenakan iaitu RM70.00 (apartment 3 bilik) semalam walaupun kemudahan yang disediakan tidak seperti homestay yang kami biasa sewa. Sempat juga lah bawa anak-anak jalan-jalan di sekitar Putrajaya. IOI MALL PUTRAJAYA Pilih menu untuk santapan tengah hari Medan Selera Taman Warisan Pertanian, Putrajaya. Jalan-jalan kat Alamanda Mall sebelum solat Maghrib di Masjid Putra. Abang Ngah sempat juga bermalam bersama kami di Rumah Transit ni, tapi gambarnya terlupa nak snap. ...