Kami memilih Bukit Fraser sebagai destinasi percutian kali ini. Percutian ke Bukit Fraser telah dirancang 2 bulan yang lalu.
Kami sekeluarga bertolak dari rumah pada 16 Mac 2016. Sebelum ke destinasi yang dirancang kami singgah di Putrajaya. Tujuan sebenar ke Putrajaya adalah untuk bersama Abang Ngah yang dah lama tidak pulang bercuti kerana sibuk dengan praktikal.
Kami bermalam di Rumah Transit Putrajaya. Agak berbaloi dengan bayaran yang dikenakan iaitu RM70.00 (apartment 3 bilik) semalam walaupun kemudahan yang disediakan tidak seperti homestay yang kami biasa sewa.
Sempat juga lah bawa anak-anak jalan-jalan di sekitar Putrajaya.
 |
IOI MALL PUTRAJAYA |
 |
Pilih menu untuk santapan tengah hari |
 |
Medan Selera Taman Warisan Pertanian, Putrajaya. |
 |
Jalan-jalan kat Alamanda Mall sebelum solat Maghrib di Masjid Putra. |
Abang Ngah sempat juga bermalam bersama kami di Rumah Transit ni, tapi gambarnya terlupa nak snap.
Pada 17 Mac kami bertolak dari Putrajaya ke Bukit Fraser. Abang Ngah tak dapat sertai kami kerana ada komitmen lain. Setelah melalui jalan yang sempit dan berliku akhirnya kami sampai juga ke Bukit Fraser sekitar jam 2;30 petang.
Masing-masing letih kerana perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 3 jam. Sampai saja kami terus ke Rumah Peranginan Persekutuan Bukit Fraser. Kami hanya berpeluang menyewa sebuah bilik dalam bunglo yang cantik dan mempunyai reka bentuk Inggeris. Tak kisah lah, tetap selesa dengan persekitaran yang mendamaikan.
 |
Pandangan depan banglo 2 tingkat |
 |
Tangga ke tingkat atas |
 |
Ruang tamu yang luas dan selesa |
 |
Ruang makan yang disediakan untuk tetamu |
 |
Arif berposing di depan Rumah Penginapan. |
Sebelah petangnya kami meronda sekitar Bukit Fraser. Tak banyak lokasi yang boleh dikunjungi tetapi cukuplah untuk merehatkan minda. Malamnya kami tidak kemana-mana, hanya berehat di Rumah Peranginan tersebut.
18 Mac 2016, sempat juga kami menunaikan permintaan SiKecil, Arif Wajdi. Aktiviti memanah dan menyumpit di 'The Paddock Fraser Hill'.
 |
Athirah juga tak melepaskan peluang. |
 |
Afiq berposing sebelum aktiviti memanah. |
 |
Arif Wajdi belajar menyumpit. |
 |
Ayah tak ketinggalan menunjukkan kemahiran memanah.
|
Setelah penat memanah dan menyumpit, singgah di Restoran Puncak untuk sarapan. Nasi lemak dan roti arab sahaja yang ada untuk mengisi perut.
Lokasi terakhir sebelum pulang, Allan's Water dan Taman Bunga (kecil saja).
Percutian kali ini tak lengkap kerana Abang Ngah dan Auni tak dapat bersama. In sha Allah lain kali kita rancang lagi percutian yang membolehkan kita sekeluarga bersantai bersama.
Penat...... tapi berbaloi.
Ulasan
Catat Ulasan