MAJLIS PERKAHWINAN ANAKANDA ZULFARHAN DAN ZARIS SAFIRA
RAIKAN CINTA 17 OGOS 2019 (SABTU):
ANAKANDA ZULFARHAN
ANAKANDA ZULFARHAN
DAN ZARIS SAFIRA
Taman Perling, Labis, Johor
Alhamdulillah... Akhirnya anakanda Zulfarhan dan Zaris Safira disatukan dalam majlis yang sangat meriah dan lancar. Syukur segalanya dipermudahkan. Tahniah anakanda berdua. Semoga mahligai yang dibina akan diwarnai cahaya keberkatan sampai bila-bila. Buat Abang Ngah, tahniah kerana telah bergelar suami. Tanggungjawab yang diamanahkan terlalu besar. Lengkapkanlah diri dengan ilmu. Jadikanlah Rasullullah s.a.w. sebagai contoh.
Buat Safira, terima kasih kerana menerima Farhan seadanya. Anggaplah keluarga ini seperti keluarga sendiri. In shaa Allah kehadiran Safira dalam keluarga ini dialu-alukan. Alhamdulillah bertambah lagi seorang anak perempuan mak ayah.
Buat Safira, terima kasih kerana menerima Farhan seadanya. Anggaplah keluarga ini seperti keluarga sendiri. In shaa Allah kehadiran Safira dalam keluarga ini dialu-alukan. Alhamdulillah bertambah lagi seorang anak perempuan mak ayah.
Tujuh bekas hantaran dari Abang Ngah buat Safira. Tema White and Royal Blue. Sekali lagi tangan yang tak kreatif ini memenuhi hasrat anakanda tercinta. Walau tak sehebat mana tapi yang penting gubahan ini disulami kasih sayang yang tak berbelah bagi.
![]() |
Auni dan Athirah sebelum majlis Akad Nikah. |
![]() |
Sedondong di majlis akad Nikah Abang Ngah. |
![]() |
Si gadis dengan bekas hantaran. |
Dengan sekali lafaz, Alhamdulillah Abang Ngah dan Safira sah sebagai suami isteri.
![]() |
Tak lengkap. Abang Zulfaqqar tak dapat bersama kerana komitmen terhadap tugas. |
![]() |
Antara ahli keluarga yg turut meraikan majlis Abang Ngah |
Majlis Akad Nikah
![]() |
Tema royal blue. |
Moga kekal hingga jannah
Ulasan
Catat Ulasan