Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2016

BUKIT FRASER 17-18 MAC 2016: BERSANTAI MENIKMATI KEINDAHAN ALAM CIPTAAN ALLAH.

Imej
Kami memilih Bukit Fraser sebagai destinasi percutian kali ini.  Percutian ke Bukit Fraser telah dirancang 2 bulan yang lalu. Kami sekeluarga bertolak dari rumah pada 16 Mac 2016.  Sebelum ke destinasi yang dirancang kami singgah di Putrajaya.  Tujuan sebenar ke Putrajaya adalah untuk bersama Abang Ngah yang dah lama tidak pulang bercuti kerana sibuk dengan praktikal. Kami bermalam di Rumah Transit Putrajaya.  Agak berbaloi dengan bayaran yang dikenakan iaitu RM70.00 (apartment 3 bilik) semalam walaupun kemudahan yang disediakan tidak seperti homestay yang kami biasa sewa. Sempat juga lah bawa anak-anak jalan-jalan di sekitar Putrajaya. IOI MALL PUTRAJAYA Pilih menu untuk santapan tengah hari Medan Selera Taman Warisan Pertanian, Putrajaya. Jalan-jalan kat Alamanda Mall sebelum solat Maghrib di Masjid Putra. Abang Ngah sempat juga bermalam bersama kami di Rumah Transit ni, tapi gambarnya terlupa nak snap. ...