Catatan

Tunjukkan catatan dari 2019
Imej
KONVOKESYEN AUNI HAZIQAH 29 OKTOBER 2019 Tahniah Auni. Setelah mengharungi segala keperitan akhirnya dapat mengecap kemanisan.  Hilang segala penat lelah, kecewa, derita, keluhan dan  tangisan.  Alhamdulillah Auni dikelilingi insan-insan berhati mulia sepanjang berada di rantau orang.  Terima kasih pada semua pensyarah yg membimbing Auni dengan ilmu yg bermanfaat. Terima kasih juga kepada teman-teman seperjuangan Auni yg sentiasa ada ketika susah dan senang.  Terima kasih juga semua family yg support Auni dengan iringan doa dan harapan.  Sesungguhnya anda semua kiriman Tuhan untuk membantu Auni mencapai cita-citanya. Keceriaan di wajah setelah berjaya menggenggam segulung ijazah. In shaa Allah kami sentiasa ada untuk Auni.  Kejayaan Auni kebanggaan kami.

MAJLIS PERKAHWINAN ANAKANDA ZULFARHAN DAN ZARIS SAFIRA

Imej
RAIKAN CINTA 17 OGOS 2019 (SABTU):  ANAKANDA ZULFARHAN  DAN ZARIS SAFIRA Taman Perling, Labis, Johor Alhamdulillah... Akhirnya anakanda Zulfarhan dan Zaris Safira disatukan dalam majlis yang sangat meriah dan lancar.  Syukur segalanya dipermudahkan.  Tahniah anakanda berdua.  Semoga mahligai yang dibina akan diwarnai cahaya keberkatan sampai bila-bila.  Buat Abang Ngah, tahniah kerana telah bergelar suami.  Tanggungjawab yang diamanahkan terlalu besar.  Lengkapkanlah diri dengan ilmu. Jadikanlah Rasullullah s.a.w. sebagai contoh. Buat Safira, terima kasih kerana menerima Farhan seadanya.  Anggaplah keluarga ini seperti keluarga sendiri.  In shaa Allah kehadiran Safira dalam keluarga ini dialu-alukan.  Alhamdulillah bertambah lagi seorang anak perempuan mak ayah. Tujuh bekas hantaran dari Abang Ngah buat Safira.  Tema White and Royal Blue.  Sekali lagi tangan yang tak kreatif ini m...