Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2019

MAJLIS PERKAHWINAN ANAKANDA ZULFARHAN DAN ZARIS SAFIRA

Imej
RAIKAN CINTA 17 OGOS 2019 (SABTU):  ANAKANDA ZULFARHAN  DAN ZARIS SAFIRA Taman Perling, Labis, Johor Alhamdulillah... Akhirnya anakanda Zulfarhan dan Zaris Safira disatukan dalam majlis yang sangat meriah dan lancar.  Syukur segalanya dipermudahkan.  Tahniah anakanda berdua.  Semoga mahligai yang dibina akan diwarnai cahaya keberkatan sampai bila-bila.  Buat Abang Ngah, tahniah kerana telah bergelar suami.  Tanggungjawab yang diamanahkan terlalu besar.  Lengkapkanlah diri dengan ilmu. Jadikanlah Rasullullah s.a.w. sebagai contoh. Buat Safira, terima kasih kerana menerima Farhan seadanya.  Anggaplah keluarga ini seperti keluarga sendiri.  In shaa Allah kehadiran Safira dalam keluarga ini dialu-alukan.  Alhamdulillah bertambah lagi seorang anak perempuan mak ayah. Tujuh bekas hantaran dari Abang Ngah buat Safira.  Tema White and Royal Blue.  Sekali lagi tangan yang tak kreatif ini m...

Pertunangan Abang Ngah (Zulfarhan):

Imej
Tanggal 20 Januari 2019 (Sabtu) Alhamdulillah, majlis pertunangan Abang Ngah bersama pilihan hati Zaris Safira Zulkifli berlangsung di Felda Chempelak Barat, Labis, Johor. Tahniah Abang Ngah dan Safira. Terima kasih menyantuni rombongan kami dengan begitu mesra. Zaris Safira Abang Ngah Zulfarhan bersama pasangan. Moga dipermudahkan urusan seterusnya. Bersama ibu tercinta, adik dan ibu Safira. Kenangan dua nenek bersama bakal cucu menantu. Auni dan Athirah Antara gubahan hantaran dari pihak kami. Lima berbalas tujuh.  DIY walaupun tak kreatif tapi Alhamdullillah dapat memenuhi permintaan Abang Ngah.