3 HARI 1 MALAM DI RUMAH PENGINAPAN PERSEKUTUAN, MORIB

November 2015: Bersantai bersama anak-anak di Morib.  Sengaja memilih Morib untuk tujuan merehatkan otak dan bersama dengan insan-insan tersayang.

Menginap selama 2 malam di Rumah Peranginan Persekutuan Morib sememangnya suatu yang sangat diingni.  Alhamdulillah, bagai pucuk dicita ulam mendatang, kami berjaya juga meginap di Banglo 3 bilik ini.  Sebuah penginapan yang sangat istimewa bagi keluarga seperti kami.  Bukanlah mewah sangat tapi sangat selesa untuk kami sekeluarga.

Banglo yang dinamakan Pulau Angsa terletak di hujung sekali, bersebelahan dengan pantai.  Banglo kayu yang kukuh buatannya hanya terdapat 2 buah sahaja di sini.



Bilik-bilik yang agak selesa tersedia dalam banglo.  3 Bilik sudah memadai dengan kami yang hanya 6 orang.


Ruang tamu yang tak berapa luas tapi cukuplah untuk bersantai.



Ruang dapor dan ruang makan yang cukup luas, selesa.  Disediakan juga peralatan masak yang asas serta pinggan mangkuk untuk kegunaan tetamu.  Sorry tak ada pic nak paparkan.



Arif Wajdi, siap bersantai di verandah dan dalam bilik.


Athirah dan Afiq siap berposing depan Banglo.




Bang Ngah (singgah 1 malam) bertungkus-lumus bakar sate bersama Hubby, Afiq dan Arif.  Jenuh jugaklah tunggu baru boleh makan.  Tapi seronok, macam-macam ragam.
Mandi-manda di pantai sebelah Banglo.  Walaupun air agak keruh tapi cukuplah untuk anak-anak melepaskan rindu mandi laut.

Alhamdulillah, percutian kali ini dapat menggembirakan hati anak-anak.  In Sha Allah, kalau ada rezeki kita ke tempat lain pulak.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MAJLIS PERKAHWINAN ANAKANDA ZULFARHAN DAN ZARIS SAFIRA

BUKIT FRASER 17-18 MAC 2016: BERSANTAI MENIKMATI KEINDAHAN ALAM CIPTAAN ALLAH.